Monday 19 December 2011

Aktiviti Minggu ni Part 1

Minggu ni mummy & daddy banyak buat aktiviti yang dah lama kitaorang tak buat...berjimba-jimba & berpoya-poya selain dari menyambut anniversary ...^_^

Malam Jummat: heppp hepp jgn fikir bukan2 yer ..malam jumaat mummy & daddy p Kuala Sg baru sebab mummy teringin nak makan ikan bakar macam kat kuala perlis..aiseh gambar mummy lupa nak ambil tak pe sebab daddy kata nanti kita akan pergi lagi..pergila sebab memang sedappppp especially ikan masak3 rasa die..nyum nyum...

Itupun kitaorang pakai redah patah balik jalan nak ke linggi 2,3 kali...ditambah dua-dua tgh lapar ..Khayla time ni mmg sangat teruja dengan makanan apa yang kitaorang makan Khayla pun nak makan sama kadang-kadang geram mummy dibuatnye..Umur baru 5 bulan mana boleh makan lagi huhuhuhu tapi nafsu nak makan cam orang dewasa ..mummy pun main-main suap la asal lewat suap jer khayla akan bunyi grrrr ..hahah gelak la mummy n daddy ..Malam tu kitaorang tido batu 4 sebab mummy n daddy tak larat nak drive balik Nilai kekenyangan makan eheheh..

p/s: Rindu kat tok mama kan..tapi mereka tgh seronok2 kesejukan di Great Wall hehe....t Khayla da besar sikit kita g yer.
Macam indon da mummy Kene kelek Khayla huhuh
Daddy t kita g lagi ea..mummy tak puas makanla hari tu hehehe

No comments:

Post a Comment