Thursday 23 February 2012

Lawak Pagi

cite ni jadi pagi tadi ea sayang...Mummy bangun-bnagun nak mandi tibe2...ouchhh datang uzur la plak..panik mummy sebab pad dah habis n tak ada stok....Kesudahannya daddy bagi idea amik pampers khayla....so hari ini mummy pergi work dgn memakai pampers huggies Khayla....sepanjang 2 jam kelas berjalan mummy memakai pampers khayla..Bayangkan..*^&%......sudahnya mummy g Tesco dan tukar kepada normal pad di sana..Apapun tq la khayla pampers khayla menyelamatkan pagi mummy...mmmuuahhxxx


Wednesday 22 February 2012

Mummy yang perasan

Kat toilet fakulti hahaha

Tadi mummy g hantar susu khayla, pengasuh taska tegur...mummy khayla da nampak susut..penat ea?..warghh terus i terperasan u..cepat2 g toilet kat fakulti snap pic hehe keji kan..

Ok mmg rasa susut sikit sebab banyak baju dah longgar tapi tatahula tang mengapa susut tu mungkin banyak kerja n masalah yang melanda...pada siapa yang tahula kes umah, antu dan pelbagai hehhe...

ohya ni mummy nak promote sikit..Bulan lepas mummy ada beli 1 full set of Herbalife yang mana harganya kalau ahli dalam 300++ ok..Kononnya niat nak kuruslah kan sekali ayooo tekak mummy tak leh blah dgn nak minum airnya itu..maka mummy nak jual balik 4 benda consume of 1 set herbalife tu flavor chocolate..Siapa nak mummy akan bagi dgn harga rm 200 (boleh nego) termasuk kos penghantaran..malam nanti balik umah mummy snap gambar produk dan segala nya isi banyak lagi sebab mumy baru makan 4x aja pastu khayla cirit birit melampau dan mummy pun tak amik2 la sampai sekarang..Instead of terbiar jeeeeer so baik mummy jual mana tahu ada yang mmg makan herbalife nak beli 1 set (sebulan sekurang2nya 2 set ok so jumlah dalam rm 6,700 kene spend sebulan) so mana tahu beli mummy punya yang harga murah ni dapat menabung sikit duit yg sepatutnya beli...Jangan risau mmg original semua , Cuma mummy tak sesuai la kot nak makan n khayla tak serasi so sbb tu mummy nak jual... heheheh....so sapa2 nak can email me fathinshah@yahoo.com...


Al kisah

ok sementara mummy ingat ni mummy nak tulis 2 kisah yang mummy dengar dari topik pagi Ikim ....satunya kisah Burung dan Ulat

**********BURUNG & ULAT****************

Ustaz tu suruh kita ambil perumpamaan hidup burung dan ulat..Sekiranya kita mempunyai banyak mana sekalipun masalah yang mendatang jangan mengeluh, berputus asa apalagi membunuh diri ini kerana kita boleh belajar dari kehidupan burung dan ulat...
Burung akan keluar mencari rezeki setiap pagi..dan pulang ke sarang setiap petang..Umpama kita pagi2 da keluar mencari rezeki dan pulang dinihari petang..Malah burung juga mencari rezeki untuk anak-anaknya..dan ada masa ada makanan dan ada masa tiada makanan
Malah ada masa meninggalkan sarang apabila pulang melihat anak-anak nya telah mati dimakan binatang lain juga ada masanya sarang telah dicuri dan hilang..namun tiada burung yang pernah bunuh diri terjun dari pokok yang tinggi (hehehe) atau berputus asa...Burung akan tetap keluar mencari rezeki....

Boleh juga dilihat pada Ulat..Ulat ini lagi kesian dari OKU..Sebab dikatakan tiada tangan kaki or mata..Namun ulat tetap teruskan hidup dan mencari makanan untuk dimakan. Ada masa ada makanan ada masa tiada walaupun diri serba kekurangan dan keterbasan serta berdepan dgn bahaya-bahaya yang dijangka atau tidak dijangka..Namun tiada ulat yang menghentak-hentakkan kepalanya di batu atau berputus asa..

Maka kita adalah manusia yang lengkap serbe serbi Allah jadikan janganlah kita berputus asa sekiranya berdepan dgn masalah hidup yang pelbagai..Saat tu mummy bila dengar statement n kisah ni terasa semangat baru..Ia mmg tak dinafikan begitu banyak masalah n ujian yang dtg without stop one by one tapi mummy n daddy hadapinya dgn tabah...dan bila dengar kisah ni mummy terasa kuat kembali..Maka Chaiyukk hidup mesti diteruskan ada sinar yang menanti setelah hujan dan ribut yang melanda ini..InsyaAllah.
****************

*********Wang 1 Dirham***********

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki tua yang miskin. Sangat la miskin sehingga semua duitnya telah habis. Rumahnya juga usang. Isterinya selalu merungut kerana tiada apa yang ada di rumahnya. Pada suatu hari , Pakcik ini keluar berjalan di padang pasir untuk mencari rezeki tiba-tiba die terjumpa dengan sekeping duit syiling lama. pak cik itu berkata mungkin duit ini ada nilainya.

Dipendekkan cerita pakcik membawa duit ini ke pengumpul bahan lama ..Setelah dibelek2 pengumpul ini berkata nilai duit ini bersamaan 25 dirham. Maka pakcik ini sangat bersyukur dengan wang yang diperolehi. Lalu pakcik ini berniat untuk membeli kayu bagi membuat rak isterinya maka pakcik inipergi ke kedai kayu n membeli kayu. Dalam perjalanan ada seorang saudagar perabut yang memerlukan kayu dan terlihat akan pak cik ini. Saudagar berkenaan bertanya kepada pak cik ini sudikah die menjual kayu tersebut dan dia akan membayar dgn harga 100 Dirham dan memberi sebuah almari yang ada.Pakcik berkenaan pun bersetuju. Setelah itu pakcik mempunyai wang sebanyak 100 Dirham dan sebuah kayu. maka berjalanlah pak cik ini..

Dipertengahan jalan pak cik ini melalui sebuah kawasan perumahan. Ada seorang wanita yang sedang berehat-rehat di laman umah terlihat pak cik ini dengan perabot yang ada. Maka wanita tersebut ingin membeli perabut pak cik ini dengan menawarkan 150 Dirham. Maka pak cik ini bersetuju dgn tawaran wanita berkenaan. Setelah dijual pak cik ini bersyukur dan mempunyai 250 Dirham di tangannya dan dia pun berlalu untuk pulang.

Dipertengahan jalan tiba-tiba datang seorang perompak datang dan merompak 250 Dirham pakcik berkenaan. Kesemua wang pakcik itu telah dirompaknya. Pulangla pak cik ke rumahnya. Isterinya bertanya apakah yang pak cik ini lakukan pada hari ini. Pak cik memeberitahu bahawa dia telah dirompak!!!
isterinya berasa pelik sebab mengetahui apalah yang ada pada suaminya sehingga di rompak. Dia bertanya kepada pakcik tersebut apakah yang dirompak oleh perompak itu?? Pak cik memberitahu "TIADA APA-APA HANYALAH DUIT SYILING LAMA 1 DIRHAM SAHAJA YANG DIROMPAK"

HUARGHHHH sangat tabah pak cik ini dan bersabar..maka kita pelajari la dari sifat yang baik ini...ada masa hidup kita juga kesempitan wang .Mummy n daddy tak nafikan ada masa mummy n daddy pernah menghadapi ketiadaan wang sedangkan 2 minggu lagi nak gaji.....bayangkan? Pampers, minyak , makan dan pelbagai...sehingga akhirnya mummy n daddy terpaksa mengeluarkan Dana Kecemasan yang ada...Nasib baik ada Dana Kecemasan kalau tidak berserah aja....Maka mummy n daddy selalu percaya rezeki ni Allah yang bagi..dalam pelbagai keadaan dan bentuk rezeki ini di perolehi....Dan sesungguhnya rezeki ini semua datangnya dari Allah.....
***********************

Anakku ambillah iktibar dari kisah-kisah yang mummy coretkan disini. Andaikata suatu hari nanti mummy n daddy tiada di muka bumi ini dan dikau bersedih atau hilang arah tuju coretan ini bolehla dikau membacanya untuk menguatkan semangat mu dan adik2mu..Percayalah bergantung haraplah pada Allah atas semua perkara dan jangan mudah berputus asa dalam hidup ini....

Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...

*****
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah:216 ]

*********
 Pagi tadi sebelum g opis Tok mama call mummy untuk bagitahu 14 botol susu simpanan terakhir Khayla telah cair pagi tadi...sebab nya Tok Ayah mop lantai (sebab umah tgh renovate) dan tidak perasan terlanggar suiz deep freeze ....huhu mmg la rasa luruh la sangat hati ini SEBAB kat umah Nilai susu simpanan Khayla da habis sama sekali..petang semalam mummy ada call Tok mama kata mungkin nak g umah pee dee amik susu sebab susu khayla skrg kais pagi makan pagi kais petang makan petang..Setiap tengahari mummy kene berlari hantar stok susu ke taska...bila mcm ni rasa lemah jugala....Daddy pujuk mummy tak apa sabarla bukan rezeki Khayla..Dapat gaji nanti kita tengok pam bateri atau mini eletrik supaya mummy boleh tinggalkan kat opis aja...jgn risau ye sayang perjuangan menyusukan kamu ni mummy n daddy akan fight untuk sempurnakan hak kamu sekurang2nya sehingga 2 tahun InsyaAllah...
 
dalam sedih-sedih layan perasaan mummy sanagt suka dengar motivasi pagi jam 7.30 setiap hari di Radio Ikim..Puas mummy pikik sapa nama ustaz tu sbb motivasi pagi die sanagt memeberi kesan pada jiwa n hati mummy...So mummy tulis kat sini apa yang dia sampaikan untuk jadi panduan dan pedoman kita semua ...
 
Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...
 
Dalam sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang miskin bersama seekor kuda betina dan anak lelaki..Pada suatu kuda betina pak cik ni telah hilang, org kampung hadir ke rumahnya untuk mengucapkan takziah ialah dah la miskin kuda pula hilang..Pak cik itu menjawab "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk..."...Org kampung tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.
 
Tidak lama kemudian kuda betina itu pulang semula ke rumah pakcik ini dan kepulangannya kali ini membawa 5 ekor kuda jantan yang liar. (Mungkin tergoda dgn kuda betina ni so ikut dia pulang la)
Orang kampung pun datang ke rumah pak cik ini dah ucapkan Tahniah sebab dah jadi kaya ada 6 ekor kuda..Pak cik ini membalasnya dengan berkata "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...". Org kampung berkata pakcik ni kuat berfalsafah lah..
 
Maka anak lelaki pak cik ini pun melatih 5 ekor kuda jantan itu untuk di jinakkan. Ditakdirkan suatu hari ketika mengadakan sesi latihan seekor kuda jantan telah menendang anak lelaki pakcik ini sehingga jatuh dan lumpuh. Maka orang kampung datang melawat dan berkata Takziah kepada pak cik ini. Pak cik ini tetap menjawab " "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...". Org kampung berkata pakcik ni kuat berfalsafahlah pulak...
 
Dalam masa itu berlakulah peperangan di negara tersebut. Pihak pemerintah mengerahkan agar anak muda semuanya dipaksa menyertai peperangan. Termasukla anak-anak muda kampung pak cik ini, semuanya menyertai peperangan  yang tinggal hanyalah anak pak cik ini sahaja.. Ialah dah tak boleh berjalan kan so tak leh join peperangan ..Ditakdirkan mereka kalah maka anak-anak muda ini terkorban di medan peperangan..Jadi gadis-gadis di kampung ini ingin berkhawin so anak muda yang tinggal adalah anak lelaki pak cik ini..Maka berkhawinlah gadis ini dengan anak pak cik ini..Maka orang kampung sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pak cik ini sebab dapat menantu cantik dan anak orang kaya..Pak cik ini tetap menjawab "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...".
 
Maka dapat di simpulkan disini "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...".
*************************
 p/s: Ada sesiapa tahu siapa nama penceramah motivasi pagi ini? Dia selalu dapat memotivasikan hari2 pagi mummy...Thanx to Allah ....
 

Tuesday 21 February 2012

Saya suka shopping sama macam mummy saya





budak ini sangat suka shopping sama macam mummy die
anda boleh jumpa die di supermarket Tesco, Giant Bandar Baru Nilai
@
Jaya Jusco atau Tesco Seremban...
kekerapan kehadiran hampir seminggu setiap hari hehheheh
tak shopping pun tak pe pergi bahagian permainan main dgn khayla puas2
jimat duit mummy hehehehhe.....pesanan penaja''
ohh daddy mana pool yang dijanjikan ni.. jgnla daddy buat2 lupa mummy nak berendam sekali ni.. 


mummy n daddy tak larat nak dukung Khayla lama2..
pakai ring sling pun khayla da tak nak stroller lupa bawa
troley for baby pun dah habis maka sila berdiri yer,,....
sila hati-hati dgn tgn Khayla sebab suka menggapai barang-barang di rak...

Mari bersolat

mummy solat

jerit-jerit bile kita bersolat excited tatahu kenapa

Die pun nak solat
 Anakku inilah aksi kamu 7 Bulan bila mummy solat disisi kamu...Kamu akan sangat terujaaaaa...tatahula kenapa...Besarla doa n harapan mummy daddy semoga suatu hari nanti kamu jadi muslimah yang berjaya dunia akhirat.....


Happy Besday Sayang..We love u

Ok 17hb petang tu kita sambut besday Daddy yang ke tuuut tuut..hehe dah tua dah suami saya ni..rasanya banyak umur dah kita lalui sama-sama kan sayang...so tiada apa yang menarik melainkan mummy beli hadiah kat daddy kek n belanja daddy tgk wayang sabtu tu heheh....buat crime lagi.


We (mummy & khayla) Love uuuu

Sibuk Khayla nak main kek tu..itu makanan la sayang
HAPPY BESDAY SAYANG..
I LOVE U SO MUCH...TIADA APA YANG MUMMY NAK MELAINKAN DADDY SENTIASA ADA DISISI MUMMY N KHAYLA TAK KIRA MASA SUSAH MAHUPUN SENANG....ABANG MEMBUATKAN HIDUP KITA SEKELUARGA LENGKAP..I LOST WITHOUT U DEAR....MMMUAAAHHHH 88X (statement wajib masa bercinta 88x tuuuu skrg ni suh cium tak sampai 10x dah penat lololol)
Aktiviti khayla n mummy masa beli kek daddy

teruja naik jongkang jongket hehhe
Masa beli kek tu singgah kat playground dlm supermarket tu kasi Khayla main game kat situ..Mummy test2 kek tu kek ni amik yang sedap sekali...lepastu balik umah..Daddy tanya "Lewat balik hari ini?" "eheh ada kerja" (buhung sunat tapi betui apa beli kek tu kerja la hehhe)...

Sabtu kita g tgk wayang ...Cerita Ghost Rider 3..bawa Khayla masuk wayang..oooohhooo...mungkin sound effect yang sangattttt...khayla takut tapi tak nangis...Just benamkan muka n goyang2 kaki tanda protes bunyi kuat tu..benam muka peluk mummy kuat2..aloalo comei sanagt ..dan tertidur..mummy n daddy tgk wayang dgn aman sekali ahhahah...Pastu kasi Khayla nak permainan ni n kemudian balik umah golek2 tidur n kemas umah..itulah aktiviti kita on saturday....

Sunday macam biasa g GBOB dan jalan2 tgk umah kat sendayan pulak ....Kat kelas GBOB kali ini sanagt best sebab khayla da boleh bergerak ke depan..so setiap kali teacher eltak barang hooyeaa anak mummy dah boleh bersaing bersama kawan2 yang lain..SYABAS khayla..^_^


Ada gaya nak drift hahaha

Ada Gaya tak?

Bos kechik

tak gheti duk diam ...
Dalam kereta sekarang Khayla dah tak gheti duduk diam asyik nak ke depan aje..tapi mummy buat pekak telinga aja..bahaya ok .....

dr minggu lepas mummy busy sangat... jumaat pagi sampai petang meeting tak sudah-sudah.Petang/malam jumaat tu pula ada Majlis doa selamat kat umah kita..Ok mummy sbg tuan rumah tidak berbuat apa-apa kerana terlalu penat lagi best boleh bantai tido balik kerja tu dgn Khayla sampai jam 7 dan sampai tepat lagi samapi orang bagi salam kat depan umah hehehehe .kelam kabut bangun mandi hahah...Ok masa org baca yaasin khala buat muka kagum kat tgh2 tu n tgk kiri tgk kanan pastu jerit2 excited....lagi best lepastu asal manpak yaasin aja khayla akan pegang sambil aaaarghhh aaarghh bercakap bahas khayla..bagus anak mummy ni pandai baca yaasin heheh






 Isnin semalam pula, mummy ke pusat penyelarasan mummy itu ini sampai tepu mummy dengar taklimat..No wonder dia bagi mummy elaun penyelaras Rm 300 sebab kerjanya pun banyak hahah

 Kmdian g jumpa daddy Hp tertinggal kat umah lagi menarik kunci umah tak bawa..ohhh tadah telingga aja kene marah dgn daddy (marah nada kasih sayang) sebab pagi tu ada 2,3x daddy tanya mummy kunci umah da bawa? mummy jawab dgn condifent** nya ADA...SUDAH BAWA...sekali hp tertinggal kalut nak amik kunci tak ada kene jalan jauh2 g opis daddy hoho padan muka..Tengaharinya pula mummy buat senaman jalan kaki pusing satu Nilai ok cari TNB..diulangi Jalan Kaki**..Basah kuyup baju gue...Mummy baca sign board kaat blok bangunan ni puas mummy pusing 2x ok sekali rupanya kat blok bangunan sebelah..bukan sikit2 yer adalah 3Km jarak semuanya...di tgh bahang matahari...huhu nasib baik sampai TNB sejuk aircond and tak yah tunggu lama..
Petangnya kuliah dah start ooohuhu terkedu ok kuliah besar 150+ student hahah mummy yg terkedu lidah tapi bile dapat mic wahhh cakap tak ingat uuuu...Pukul 5 kelas bersurai awal2 bagi sikit introduction ...pastu balik ..Tunggu daddy balik dalam kereta pun mummy jatuhkan kursi n lepak2 susukan khayla..gambar ni sanagt sweet ye sayang nanti khayla da besar u boleh tgk...

Lokasi: Dalam kereta
Time:Waktu petang tunggu daddy sampai umah
Why: mummy takut nak masuk umah hahahah
Daddy balik kita g makan McD sebab daddy kesian sangat kat mummy yang mmg lesu n tak bermaya..sejak menjak ni balik opis letih sangat2 huhu... pastu malam tu mummy tgh nak berehat2 tibe2 daddy ajak tgk umah kat kat area labu seremban..harga sanagt menarik wpun letih mummy bingkas bangun n pergi tgk dgn daddy..Wahhh i like it tapi tu ar kan nak beli umah ni kene pikik 1001x..banyak woo bulan-bulan nak kene potong nanti kene pikik tak leh nak joli2 sanagt nak melancong sangat huhuhu...

samapi umah jam 10 ..semuanya gelap dcc mummy..mummy tido tak sedar dunia..Jaga-jaga jam nak kui 3 khayla ajak main...OMG leep dear...please sleep mummy so sleepy...mummy selimut khayla khayla buka selimut balik..nak main Pee Kaa Boo..ohh tidakkkkk

Monday 13 February 2012

Pukul 5

hehe ni saja tak de kerja mummy masukkan gambar Khayla tgh lepak-lepak dgn daddy kat ruang tgk tv..Daddy tgh serabut pikik nak cari umah baru nak pindah sebab umah tu ada HANTU hahahha....tapi lepas berubat Alhamdulillah Khayla sekarang da kurang menangis n dah banyak cakap hehe..

Bak kata cikgu Watie GBOB becok nyer die hehehe setiap kali balik kelas die jadi becok pok pek pok pek hahaha...so cuteee la u dear. ^_^

CAKKK...

OOOOO mulutnye tgk tu daddy pening pala...

sambil tgk iphone daddy pegang pala ..macam main saham juta-juta jer

Anak beranak bergolek2..

SAYANGGGGG DADDY..Nila jejaka pojaaan hati mummy n Khayla kan....

6 Jars Millionaire Mind

Aapakah ini??

duit Rantai Khayla ^_^
well konon-kononnya macam konsep 6 Jars Millionaire Mind....sebab salah satu jar yang mummy n daddy isi kan adalah untuk membeli rantai n gelang emas buat Khayla hehe....tak pe sikit-sikit lama2 jadi bukit... nanti siapa-siapa ada banyak syiling boleh derma kat Khayla yer....

Jar 1. Rantai emas Khayla
Jar 2. honeymoon tahun ni 2012 ----> Korea ker, china ker so mari menyimpan sikit2 dr skrg
Jar 3. Nak tunaikan umrah buat kali ke 2... kali pertama dulu mummy pergi 2009 masih anak dara akli ni mummy berharap dapat pergi dengan suami terchinta ..mmmuuuahh
Jar 4.
Jar 5.
Jar 6.

3 jar lagi kosong buat masa ini..Ok skrg selain mummy busy nak belajar tentang perkembangan membesarkan anak dan ilmu makanan anak kecil hehe mummy n daddy tgh mula-mula belajar tentang pengurusan kewangan n pelaburan hartanah ahhaha..takpe semua ni untuk khayla juga suatu hari nanti..Living cost skrg sangat tinggi sayang....tatahula bgmana negara ni pada masa akan datang huhuhu

Thursday 9 February 2012

kuda merah

Aksi Khayla sebelum Playgroup bermula...^_^

Tanda-tanda awal dah pandai nak "Tantrum"

Muka "hot"




Baru 6 bulan tapi da tunjuk nak pandai tantrum...apa die nak tak dapat n kita tak layan start arr buat muka tak puas hati n "hot" dia n 'menderam die ergggmmmm' n start bentak-bentak badan...bwekkk..ada masa mummy n daddy akan layan ada masa mummy n daddy akan slow talk n u must learn to listen eventhough u're 6 month old (i dont care) n ada masa mummy n daddy buat pekak n tak tahu aja...Ni namanya mendisiplinkan anakku yang manja ini..

Gambar kat atas ni die tak puas hati pasai:

1) mummy tak dukung die mummy letak dalam stroller (Khayla, mummy daddy beli stroller tu 1k++  ok untuk khayla duduk dalam tu kalau mummy n daddy dukung baik mummy daddy x yah beli stroller)
2) Mummy da bawa round pusing taman adalah 2x pastu mummy balik umah dok kat buaian kat laman umah tu..Dia hot pasai mummy tak pusing lagi ..(mummy baru balik kerja n taman tu dah kira beso mummy dah pusing penat la kaki mummy tunggu daddy balik suh daddy lak bawa round..kurus da mummy habis lemak2 mummy)
3)Mummy bawa die turun dari kereta (khayla skrg sangat menarik tertarik nak main stereng n gear kereta ..OMG sanagt bahaya,...

Mummy terpaksa study untuk memikirkan bagaimana untuk mengurangkan masalah tantrum Khayla sebelum menjadi melarat bila da besar nanti huhuhuhu....

p/s: mummy nak cari doa supaya dilembutkan hati anak mummy ni mendengar cakap lembut hatinya dan tak tantrum2 lagi...dan hembus kat umbun-umbun kepala Khayla

Aksi bersama

Mari meniru gaya mummy hahaha
 p/s: Aktiviti bersama di dalam kereta waiting for daddy ..

Bubur Daddy vs Bubur Khayla

 Daddy suka makan bubur so malam tu mummy decide masak bubur daddy n khayla maka jadila Bubur Daddy vs Bubur Khayla.....berlawan anak beranak makan heheh....TQ Daddy sebab rajin n selalu tolong mummy masak..Love u la "pak we ^_^

Rajin kan jejaka ni menolong isteri die masak..?? tolong carik-carik ayam

carik ayam ke carik bulu kucing khayla ni daddy???

inila penambah rasa bubur daddy ...ikan bilis tumbuk, ayam carik n sambal kicap umpphh..
sos cili tu buat cicah sotong tepung mummy

ni mummy punya..daddy tak makan seafood so mummy makan sorang..ini sotong goreng tepung sebenar
bukan cekodok sotong heheheh

Ini bubur Khayla halus n hancur sekali sebab mummy blend beras tu...mix dgn carrot sikit

Bubur Khayla ^_^


cedapppnye bubur mummy hehehhe