Thursday, 9 February 2012

Im so proud of u dear..

Alhamdulillah malam tadi mummy sangat bersyukur n happy melihat kepandaian anak mummy.(setiap ibu/mummy/ummi/mama mesti memuji anaknya sebab itu adalah doa) .Kaedah n teknik pembacaan alFurqan yang mummy ajari dah menampakkan hasil..Seronok sangat ..walaupun mungkin pada orang lain apalah sangat tapi kita ni sebagai ibu bapa apa sahaja yang anak kita boleh buat sila happy untuk mereka...Walaupun nampak kecil untuk kita tapi sebenarnya perkara berkenaan adalah BESAR buat mereka...

Sesi malam tadi mummy, tok mama, aunty N dan Khayla sebagai watak utamanya...mummy ask Khayla utk kiss mummy n khayla pun pandai kiss siap kiss dua2 pipi mummy sambil berbunyi mmmuuuaaahh.Pastu khayla kiss pipi tok mama...Kami semua sangat happy.yeepeee

 N bertambah happy lagi bila mummy tunjuk flash card alFurqan Khayla da boleh memilih salah satu abjad yang mummy tanya...SubhanAllah otak baby mmg superb dan genius......Sbg upah kepandaian Khayla mummy bagi Milk' ..ok milk''' nak ajar Khayla B*** mummy adalah milk ..^_^ tak mo nanti dah pandai cakap sebut B la plak depan-depan org ..lepuk nanti baru tahu malu i tauuuu hehehe...Dan pandai Khayla bila mummy kata kiss milk n Khayla pun kiss milk heheh..Cleverrrr

ok kat bawah ni sesi pembelajaran Khayla di mana-mana sahaja boleh berlaku dalam kereta, ketika menyusu, ingin tidur dan ketika bermain..Tak lama pun paling lama 10 minit pastu Khayla da start tak nak fokus ehhehehe...

Mari belajar dalam kereta pun mummy luangkan masa

BABA..MAMA..NANA

Ini mmg kemestian nak ronyok kan semua masuk mulut

Please show mummy, khayla..which one is MAMA??
 p/s: saat ni Khayla baru berusia 6 bulan...nanti mummy nak tamba lagi huruf ye sayang..


Thursday, 2 February 2012

Banyak nyeee

banyaknyeee kerja huhu...tadi susun satu persatu surat lantikan banyaknyeee. Bilalah masa nye mummy nak prepare proposal PHD mummy ni huuhu... nak tolak tak boleh nak terima kerja banyak ntahla terima ajalah jawabnya. Ceramah dalam radio IKIM semalam ada cakap kita bukan buat kerana apa kita buat kerana Allah kerana ini adalah ibadah kita. bila kita ada fokus dan kita tentukan strategi maka kita tahu apa yang kita inginkan..ini penyelaras ni jawatankuasa ni mentor ni urusetia n bla bla huhu walaupun ada elaun yang disertakan tapi mummy tatahula mummy mampu atau tak, tapi mummy akan cuba InsyaAllah. Mummy harap sangat Khayla tak banyak meragam yer anak supaya mummy boleh balance kan semua benda ni n blend it together....huhuu

Kenapalah mummy tak boleh jadi SUPERMOM macam tok mama huhuhu. Tok mama membesarkan mummy adik beradik 5 orang tanpa bantuan pembantu rumah. Duduk di perantauan bukannya ada atok2 nak tolong malah tok mama sambung belajar dalam memebesarkan mummy adik beradik... Kagumnya lagi tok mama akan masak hari-hari buat mummy sekeluarga ok!! bukan setakat masak malah sempat untuk buat kuih, kek minum petang makanan kunyah2n banyak lagi ..tok mama juga pandai jahit baju buat pastri mengait malah boleh ajar mummy adik beradik fizik, kimia, math , sains dan sebagainya huhu. Tok mama pun ajar kursus untuk tentera pun pernah dahlah kerja, belajar ada anak2...Malah kami lima beradik tok mama masakkan semua bubur massa kecik-kecik..Tok mama memang superhebat samapi sekarang juga tok mama boleh ajga khayla, kerja, msak tgk pakcik2 khayla yang lain dan macam-macam la..mummy????? tapi daddy kata mummy rajin juga sebab mummy selalu masak bekal untuk daddy...ye mummy try untuk jadi SUPERMOM ye sayang ....



Pagi yang ribut

Yeeee....setiap pagi mesti kelam kabut dgn Khayla..sebab attachment dia dengan mummy sangatla kuat..Kalau mummy ada meeting atau kelas di waktu pagi mmg kelam kabut la mummy n daddy..Daddy akan keluar seawal .15 pagi ke Opis dan tinggal mummy n Khayla..Biasanya Khayla akan bangun awal n sibuk2 juga..Mummy ala-ala isteri mithali masak sarapan n bekal lunch untuk daddy kemas barang2 Khayla, dan bersiap untuk mummy g work juga...Kalau tak de aktiviti di opis di pagi hari bolehla mummy berlenggang kangkung lepas daddy g work, mummy dapatla spend time dgn Khayla golek-golek atas katil misalannya lepastu serabut la kepala nak mandi, iron baju n so on dan Khayla menjerit2 nak dukung huhu....

Dan hari ini mummy rajin pantas n tuntas selain sempat memandikan Khayla ewahh pakaikan baju lawa-lawa (Tok mama yang belikan baju tu k) macam pemain tenis pula tgk anak mummy ni ...mummy sempat blend puree carrot untuk khayla.. Alhamdulillah Khayla sukeee yeee bagus2...lepas 4 hari ni pula mummy nak buat puree brokoli pulak yer n minggu ni tak sabar2 nak amik ice cube yg mummy pesan kat aunty lin beli kat Ikea ...lalalalal

Malam tadi macam biasa balik umah Khayla melalak tatahu la nak apa..Sangat menguji kesabaran mummy ada masa mmg kene lepuk juga (nasibla ko nak) ..so kesudahannya mummy n daddy bersiap2 ke Giant Nilai area2 depan tu ada banyak kedai baby..Masuk satu kedai test walker banyak2 akhirnya sambar Walker oren ni ...RM 179.00 tak mo beli mahal-mahal sebab nanti bukan lama pun nak dok dalam tu..Tgk kat JJ walker yang lebih kurang dalam 200++.lagi mahal huhu...

Yang seronoknya sebelum test walker oren letak khayla dalam walker hijau pastu letak pula khayla dalam walker oren n datang satu family ni nak belikan walker kat baby mereka juga. Mereka letak anak mereka dalam walker hijau n Khayla menjerit2 seolah-olah tak merestui baby tu duduk dalam walker tu " Hello anak dara itu bukan kamu punya, bayar pun idak lagi hehhe"...

Pastu mummy n daddy makan kat seafood huhu sudahnye begitulah...padahal mummy awal2 da keluarkan sotong nak masak semua tapi sebab Khayla menjerit2 nangis sudahnya kami terpaksa makan luar huhuu tapi tak sedap sotong tepung nya!!! Macam mummy cakap ianya cekodok sotong uhu hampa sungguh.(tak kira petang ni mummy nak buat sotong goreng tepung juga) Daddy kata awat hari-hari nak makan sotong tepung je ni, mummy jawab sebab aritu makan tak puas dan hari-hari lain orang lain masak tak sedap huhuhu...

Hari ni mummy n daddy ada strategi baru..Balik kerja mummy balik n siap2 masak kemas umah(part kemas umah ni tgk pada kerajinan )..Daddy balik kerja pukul 5.30 singgah ambil Khayla kat taska ..Itu sahaja alternatif yang kami ada  ^_^

Ni mmg best friend Khayla Aunty Froggie (Aunty Naz hadiahkan) She can talk with this thing huhu

Bukan main lagi die huhu

syioookkk la tu huhu
 ** Asalnya mummy n daddy berpolisi tidak mahu pada Walker..tetapi atas keadaan yang mendesak maka kami terpaksa membelinya..Walker ni boleh jadi rocker dan ada alas sebenarnya di bawahnya....

Opis mummy

Ni pengenalan ke bilik Mummy


Ala-ala model plak ehhehe
 Membawa Khayla ke bilik opis adalah seperti latihan mengankat beban 7kg menaiki tangga 3 tingkat...ditambah dengan bag laptop dan beg pam susu...Boleh jadi anggota shaolin da mummy ni ..Bak kata Daddy kuar muscle ar heheh...

Tuesday, 31 January 2012

wahhh mummy teruja

hari ini bila mummy nak buka email yahoo...yahoo memaparkan gambar ini yang membuat jiwa mummy kacau dan teruja..OMG, sangat laaaaa disaat lapar ni OK!! Nak ajak daddy makan susahla sebab daddy tak suka seafodd, rite now mummy kalau boleh hari-hari nak makan sotong goreng tepung dan udang goreng tepung huhhuuh..Semalam dapat lepas gian tapi tak puas sebab masa makan tu sotong tu dah sejuk huhuh

Mummy harap Khayla suka makan seafood so kita boleh jadi GENG ...so nak masak pun semangat la sikit heheh

teruja kannnn ya Allah menggodanya.. ^_^
** pesanan penaja :_- sotong goreng tepung ada 2 jenis...satu tu tukang masak masak macam cucur tepung je penuh tepung sotongnya cenonet satu g sotong gerung tepung yang memang kaw betui...yang ni susah nak jumpa kalau ada pun berminyak la lembik la apala huhh wahhhh mummy mengidam ni terliur betui la.

** japlagi meeting fakulti mesti kepala dok melayang terbayang huhu

CHANTEEEKKK

cHANTEEEK nye die

Buat mata juling heheh
 Khayla sekarang sangat suka dengan ayat "CANTIKKKK / LAWAAAAA" Heheh kalau siapa-siapa yang cakap ayat ni dengan penuh perasaaan and keterujaan Khayla punya mata akan bling-bling ada star n sangat sukaaaaa dengar ayat tu macam paham jer hehehe

Tapi anak mummy ni memang cantik.....setiap anak adalah anugerah tercantik dimata ibunya..^_^

** Semoga cantik rupamu seiring dengan cantik akal, budi dan hatimu anakku


NUK dan MOM

NUK & MOM adalah dua jenama bagi botol susu Khayla ...Dari lahir sehingga sekarang mummy pakai botol MOM sebab botol MOM ni bagus selain isu BPA, Anti Colic dan sebagainya keunikkannya terletak pada part-part botolnya yang mudah dibuka dan dibasuh. Selain tu puting MOM (no. 1 ) sesuai untuk baby yang breastfeed juga supaya tak terkeliru puting.. So far Khayla ada 4 buah botol Mom biru, hijau (2),pink ...

NUK dan MOM

Tapi kalau tok mama jaga Khayla agak kelam kabut juga kalau Khayla melalak time tu n tok da panaskan susu nak bagi Khayla kalau tok terlupa pasang getah puting part bawah tu alamak berderai la susu Khayla huhhu.. Jadi dari isu berbangkit ini maka mummy pun jelajah area Giant Nilai yang banyak kedai baby tu ..

6 Part untuk botol MOM. Bagus untuk pencucian

Part ni kalau lupa pasang memang berderai la susu

Mummy buat research ringkas tentang botol baru yang mummy nak beli antara list nye AVENT., TOMME TIPPIE (Nature), JAPLO and NUK... Kesudahannya mummy memilih NUK..Logik tau kalau kata sebab pembuatnnya dari German??? Hahaha bukan sebab tu mummy beli (wpun ada juga la sikit2 biasnyer) sebab putingnya yang sangat menyerupai B mummy hoooyeaa dan juga anti colic and so on..serta bertanya dengan amoi serta adik yang jaga kedai2 baby area situ hehehe..Harganye boleh tahan 2x ganda dari harga Mom iaitu RM 45.00 itu untuk saiz kechik kalau saiz besar tatahula pulak mummy heheheh

Puting MOM yang iras cik Nip** yang dihisap

Hampir sama tapi tak serupa seperti bentuk B & NIP*** kan


Bapa Mithali

Dalam Mummy bermarathon update entry kat blog ni mummy nak masukkan gambar yang sangat sweet pada mummy..Nanti Khayla da besar mesti touching-touching gitu bila Khayla tengok gambar ni balik...

gambarnyer adalah jeng..jeng...jeng...
  • Muka syok tak tahan heheh


Khayla sukaaaa mandi



Sweeet kan daddy *_*

** boleh menang anugerah bapa mithali da daddy ni




Aksi di Kedai Makan

Layan aksi Khayla di kedai makan memang seronok...Ni gamabr Khayla sangat berusaha untuk makan french fries dan juga aksi Khayla yang sibuk-sibuk nak buat order kat Secret Recipe heheh kepociii betoi **

Saya nak order semua daddy bayar ye...hahah

Muka **cerdik adalah tu akal nyerrr

nyum nyum nyum

apa rasanye ni yer

ooooouh

huh berusaha

Nak Main jeee

ok sejak baik demam Khayla asyik nak main je..huhu nasib baik mummy n daddy masih bermastautin umah tok mama so adalah orang lain nak layan Khayla..Malam ni nak balik Nilai tatahula cam ne mesti Khayla nak meragam aja sebab die nak havoc2/meriah2....and orang layan die..

Malam tadi mummy ada tugas bawa balik umah kene buat huhu..puasla mummy tunggu Khayla tido sampai mummy n daddy tertido sekali lah..Kami namakan itu sebagai *permainan tido-tido*** dimana kesudahannya mummy n daddy memang akan tertidur sampai esok pagi hehhehe..Berbalik pada cerita awal mummy terjaga jam 2.30 pagi ok so mummy pun on laptop....Aiyakkkkkk Khayla pun bangun n terus meniarap n terujaaa nampak laptop huhuh

Adoyai anakku napa bangun huh bila la mummy nak buat kerja kalau macam ni.Daddy pun jaga sekali pujuk2 Khayla tidur huhu tak moh nye die..Aunty N balik kerja part time dukung n ajak Khayla main huh tak mo juga nak duduk dekat mummy n sibuk2 nak main laptop...so wish list baru nak belikan DVD portable buat Khayla n IPad or Laptop mainan untuk Khayla..Budak2 sekarang advance betui..

Bawah ni gambar mummy yang tak ada kerja main dengan Khayla ..ROTI & HOTDOG nyum** main macam ni pun jadi lah Khayla da mengekek ketawa hahahah

seronok org nak balut dia

huhuu teruja

mmuaaahhh***

Khayla ada FISH

YE..Seperti tajuk entry ini mummy mengesahkan Khayla ada FISH hooreayy...Mummy beli kat The Store RM 5 dapat free seekor and semalam seekor dah mati (aiyakkkk!!) Ini ikan GAPI kata cina tu sebab mummy n daddy mmg tak kenal ikan melainkan ikan kembung/selar/bawal n cencaru sebab ni adalah jenis-jenis ikan untuk Meon n Gemok makan dan bawal adalah fevret mummy..^_*

Ikan bagus untuk melatih Khayla fokus terhadap sesuatu disamping menanm rasa sayang pada haiwan dan juga untuk Khayla berasa tenang **peace ok apabila meihat ikan menari-nari dalam air ^_^

Selain Khayla yang meminati ikan ada seekor lagi Hamba Allah yang sangat teruja dengan kehadiran ikan-ikan ini hehehe siapa lagi kalau bukan MEON Hhehe

ada 6 ekor ikan Khayla (RM 12 Semuanya termasuk bekas)

sesi mengajar Khayla memberi fish makan

teruja nye dia

ahaaks ada seekor lagi hamba Allah yang teruja

berusaha

Abaikan persekitaran fokus pada si Meon bolat yang nak duduk menghadap Fish sahaja hehe




Mamammmmm

Makanan awalan Khayla

Ok seperti entry yang lepas mummy ada kata mummy bagi khayla puree epal tapi sebab Khayla sakit haritu maka hanya dua food ni sahaja yang baru mummy kenalkan pada Khayla..InsyaAllah minggu ni mummy akan start membuat puree buah-buahan n sayur-sayuran untuk Khayla .Mummy harap Khayla suka...

Buat masa ni cereal tu mummy amik flaver sayur-sayur n Khayla ada masa suka ada masa tak..puree epal Heinz pun Khayla suka n biskut ni ada flaver oren pun Khayla suka..Cuma bila da melekit-lekit Khayla tak suka nak pegang adoiiii.... tadi mummy kasi susu 1oz n setengah keping biskut ni untuk Khayla mamam..Harap-harap semuanya ok.