Thursday 2 February 2012

Pagi yang ribut

Yeeee....setiap pagi mesti kelam kabut dgn Khayla..sebab attachment dia dengan mummy sangatla kuat..Kalau mummy ada meeting atau kelas di waktu pagi mmg kelam kabut la mummy n daddy..Daddy akan keluar seawal .15 pagi ke Opis dan tinggal mummy n Khayla..Biasanya Khayla akan bangun awal n sibuk2 juga..Mummy ala-ala isteri mithali masak sarapan n bekal lunch untuk daddy kemas barang2 Khayla, dan bersiap untuk mummy g work juga...Kalau tak de aktiviti di opis di pagi hari bolehla mummy berlenggang kangkung lepas daddy g work, mummy dapatla spend time dgn Khayla golek-golek atas katil misalannya lepastu serabut la kepala nak mandi, iron baju n so on dan Khayla menjerit2 nak dukung huhu....

Dan hari ini mummy rajin pantas n tuntas selain sempat memandikan Khayla ewahh pakaikan baju lawa-lawa (Tok mama yang belikan baju tu k) macam pemain tenis pula tgk anak mummy ni ...mummy sempat blend puree carrot untuk khayla.. Alhamdulillah Khayla sukeee yeee bagus2...lepas 4 hari ni pula mummy nak buat puree brokoli pulak yer n minggu ni tak sabar2 nak amik ice cube yg mummy pesan kat aunty lin beli kat Ikea ...lalalalal

Malam tadi macam biasa balik umah Khayla melalak tatahu la nak apa..Sangat menguji kesabaran mummy ada masa mmg kene lepuk juga (nasibla ko nak) ..so kesudahannya mummy n daddy bersiap2 ke Giant Nilai area2 depan tu ada banyak kedai baby..Masuk satu kedai test walker banyak2 akhirnya sambar Walker oren ni ...RM 179.00 tak mo beli mahal-mahal sebab nanti bukan lama pun nak dok dalam tu..Tgk kat JJ walker yang lebih kurang dalam 200++.lagi mahal huhu...

Yang seronoknya sebelum test walker oren letak khayla dalam walker hijau pastu letak pula khayla dalam walker oren n datang satu family ni nak belikan walker kat baby mereka juga. Mereka letak anak mereka dalam walker hijau n Khayla menjerit2 seolah-olah tak merestui baby tu duduk dalam walker tu " Hello anak dara itu bukan kamu punya, bayar pun idak lagi hehhe"...

Pastu mummy n daddy makan kat seafood huhu sudahnye begitulah...padahal mummy awal2 da keluarkan sotong nak masak semua tapi sebab Khayla menjerit2 nangis sudahnya kami terpaksa makan luar huhuu tapi tak sedap sotong tepung nya!!! Macam mummy cakap ianya cekodok sotong uhu hampa sungguh.(tak kira petang ni mummy nak buat sotong goreng tepung juga) Daddy kata awat hari-hari nak makan sotong tepung je ni, mummy jawab sebab aritu makan tak puas dan hari-hari lain orang lain masak tak sedap huhuhu...

Hari ni mummy n daddy ada strategi baru..Balik kerja mummy balik n siap2 masak kemas umah(part kemas umah ni tgk pada kerajinan )..Daddy balik kerja pukul 5.30 singgah ambil Khayla kat taska ..Itu sahaja alternatif yang kami ada  ^_^

Ni mmg best friend Khayla Aunty Froggie (Aunty Naz hadiahkan) She can talk with this thing huhu

Bukan main lagi die huhu

syioookkk la tu huhu
 ** Asalnya mummy n daddy berpolisi tidak mahu pada Walker..tetapi atas keadaan yang mendesak maka kami terpaksa membelinya..Walker ni boleh jadi rocker dan ada alas sebenarnya di bawahnya....

No comments:

Post a Comment