Monday 30 January 2012

Demam & Cirit Birit

huhuh selama hampir 2 minggu mummy n daddy dilanda haru biru kerana Khayla cirit birit dan diikuti demam. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mummy n daddy time tu betapa cemasnya..Mummy kisah apa kalau orang kata ala biasalah anak demam, but Khayla tak pernah demam selama 6 purnama upss 6 bulan ni ok,..Mummy risau sebab dengar macam2 cerita especially tentang kena tarik atau sawan tu huhu nauzubillah ...sepanjang Khayla demam setiap saat mummy n daddy dcc mummy n daddy tak tido malam pun tp bile pas subuh mummy n daddy tido heheh Tok Mama n Tok Ayah jaga Khayla pulak...

Hari Sabtu mummy bagi 1st solid food kat khayla iaitu puree epal..pastu khayla cirit birit. Ahad tu masa pergi BGOB pun Khayla cirit birit..pastu berlarutan, mummy bawa g jumpa atuk Dhillion (doc pakar pediatric Khayla) die bagi ubat probiotic dan ubat tahan cirit birit. Pastu jumaat malam tu tok mama dah kata badan khayla macam tak sihat jer tapi so far u look so active mummy n daddy rasa ok aja..Ahad tu masa kelas GBOB khayla sangat tak de mood n letih n dah demam huhuhu...nak bawa jumpa atuk Dhillion ahad tutup n isnin selasa adalah CNY maka bawa pergi klinik panel sariah kat nilai...

Inilah probiotic (Grandpa Dhillion akan kata **Ubat ni Mahal yeaa hehe)

Ada juga pergi klinik kerajaan, Petang ahad tu tapi tgk ramai orang tak jadilah..mummy, daddy n tuk mama/ayah jaga khayla macam menatang minyak yang penuh..jerlum kepala dengan air, beli thermometer baru amik suhu setiap 20 saat..(siapa tak sayang anak kan)...Isnin mummy pergi lagi hospital kerajaan mummy rasa kene pergi in case apa2 senang tapi sekali lagi mummy tetap upset dgn govt punya service..

die kata khayla tak demam suhu 35"c sahaja..OMG gile ke apa suhu anak mummy ni da sampai 38 ok!! sebab die pakai janga suhu kat dahi khayla yg mummy da jerlum air n kool fever..!!!! doctor pun muda boleh tanya anak sakit apa pastu buat track history ubat pastu tanya apa nak buat eik...What the h*** mummy mmg menyampah tahap supergaban gile kalau macam tu baik aku jer jadi doc aku lagi tahu apa  nak buat ceh buang masa dekat 2,3 jam menunggu ..budusssss

die amik darah khayla dah la tak bagi mummy masuk sayu sangat hati niiiii dengar khayla meraung dalam bilik tu. keluar jer bilik tu khayla sangat merajuk dengan mummy sampai tak nak tgk muka mummy sedihhh sangat mummy. Tanya staf jawapanye ooo tatahula bile siap kita ramai orang hari ni..kalau anak aku ni tak de ubat demam silap2 suhu badan die boleh naik gile n apa2 jadi mmg korang la banyak sangat polisi yang menyusahkan...sudahnye mummy malas nak tunggu result sptal mummy g Klinik Othman depan sptal ..Doc tu tgk suhu khayla pun kata eh tinggi ni!! mmg b*****g h**^&%745 punya org kat sptal kata anak mummy tak demam ..(marah tp nasib baik da seminggu berlalu kalu time tu mummy tgh taip mahu berbakul amarah mummy huhu)

Malam Khamis 26/01 haritu Khayla poo poo ada segaris darah..OMG mummy sangat panik wpun mummy n daddy lapar time tu n tok mama dah panggil makan kami berdua berdesuuup bersiap pergi Klinik Othman dapatkan surat untuk pengesahan panel insurans..Pastu balik singgah rumah kejap mummy n daddy makan (tak berapa selera n kenyang pun just untuk bagi tenaga setelah seharian bekerja) kemudian pergi hospital KPJ * penuh pergi Columbia * penuh..pergi Mawar * mummy tak confident wpun private hospital sebab mummy pelik pasai apa kereta tak banyak lengang aja hehehe pastu akhirnye decide pergi SALAM kat Senawang ..ok senanwang tu jauh tapi mummy daddy tempuhi juga tgh2 malam tu...Sampai Salam periksa itu ini mummy pun lega dgn penjelasan doctor yang tak begitu friendly rasa nak sound jer tp daddy suh banyak2 sabar n think positive...Actually kat Salam pun * penuh... Dasyat tui semua wad penuh huhuhu..lepas check2 tu sementara tunggu fax dr insurans pukul 2 pagi ok Khayla menjerit2 keseronokkan kat sptal tu ..AAikkkk kata sakit ni macam sihat walafiat la pula hehehe  ^_^

Excited tgh2 pagi buta di Hospital
Alhamdulillah setelah seminggu demam dan 2 minggu cirit birit Khayla pun dah ok..Alhamdulillah n Khayla pun da melasak balik hehhe..
Dah normal ^_^

 
i Love u Sayang..kau adalah amanah dan permata terindah yang mummy n daddy miliki. kami tak banyak harta kau la harta termahal kami...^_^

Hari p*1 Demam..sticker GBOB pun tak buka lagi baru balik Playgroup

masih nak melasak

Macam makcik makcik hehehe

Keshian nya Anak mummy hhuhu

 

 

No comments:

Post a Comment