Thursday 12 January 2012

Menjadi cikgu buat Khayla

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Khayla akan masuk ke usia 6 bulan dan penemuan baru buat mummy untuk mengembangkan kepintaran anak mummy ni adalah "MENGHAFAZ AL-QURAN"... Alhamdulillah dengan izin Allah mummy dah jumpa satu blog yang mana die mengajar dan melatih anaknya menghafal alquran..^_^

Maka dengan ini Allah memberi ilham kepada mummy untuk mengajar dan melatih Khayla hafaz Al-quran..InsyaAllah anakku...

Khayla pun sekarang da pandai kenal buku baby elephant dia..warna kuning dan pandai membaca menggunakan bahasa baby nya..Mummy harap semoga impian mummy ni terlaksana dengan izinnya dan Khayla terang hati untuk menghafaznya...Semoga sekira mummy n daddy tak ada nanti doa anak yang solehah dapat kamu titipkan dan sedekah ayat-ayat al quran Khayla boleh bagi kat mummy, daddy n atuk nenek die ye sayang......

Mummy saaaayang Khayla (Hai, anak rindunye di hati apabila meningatkan kamu)

No comments:

Post a Comment