Showing posts with label My Breastfeeding Journey. Show all posts
Showing posts with label My Breastfeeding Journey. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...

*****
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah:216 ]

*********
 Pagi tadi sebelum g opis Tok mama call mummy untuk bagitahu 14 botol susu simpanan terakhir Khayla telah cair pagi tadi...sebab nya Tok Ayah mop lantai (sebab umah tgh renovate) dan tidak perasan terlanggar suiz deep freeze ....huhu mmg la rasa luruh la sangat hati ini SEBAB kat umah Nilai susu simpanan Khayla da habis sama sekali..petang semalam mummy ada call Tok mama kata mungkin nak g umah pee dee amik susu sebab susu khayla skrg kais pagi makan pagi kais petang makan petang..Setiap tengahari mummy kene berlari hantar stok susu ke taska...bila mcm ni rasa lemah jugala....Daddy pujuk mummy tak apa sabarla bukan rezeki Khayla..Dapat gaji nanti kita tengok pam bateri atau mini eletrik supaya mummy boleh tinggalkan kat opis aja...jgn risau ye sayang perjuangan menyusukan kamu ni mummy n daddy akan fight untuk sempurnakan hak kamu sekurang2nya sehingga 2 tahun InsyaAllah...
 
dalam sedih-sedih layan perasaan mummy sanagt suka dengar motivasi pagi jam 7.30 setiap hari di Radio Ikim..Puas mummy pikik sapa nama ustaz tu sbb motivasi pagi die sanagt memeberi kesan pada jiwa n hati mummy...So mummy tulis kat sini apa yang dia sampaikan untuk jadi panduan dan pedoman kita semua ...
 
Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...
 
Dalam sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang miskin bersama seekor kuda betina dan anak lelaki..Pada suatu kuda betina pak cik ni telah hilang, org kampung hadir ke rumahnya untuk mengucapkan takziah ialah dah la miskin kuda pula hilang..Pak cik itu menjawab "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk..."...Org kampung tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.
 
Tidak lama kemudian kuda betina itu pulang semula ke rumah pakcik ini dan kepulangannya kali ini membawa 5 ekor kuda jantan yang liar. (Mungkin tergoda dgn kuda betina ni so ikut dia pulang la)
Orang kampung pun datang ke rumah pak cik ini dah ucapkan Tahniah sebab dah jadi kaya ada 6 ekor kuda..Pak cik ini membalasnya dengan berkata "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...". Org kampung berkata pakcik ni kuat berfalsafah lah..
 
Maka anak lelaki pak cik ini pun melatih 5 ekor kuda jantan itu untuk di jinakkan. Ditakdirkan suatu hari ketika mengadakan sesi latihan seekor kuda jantan telah menendang anak lelaki pakcik ini sehingga jatuh dan lumpuh. Maka orang kampung datang melawat dan berkata Takziah kepada pak cik ini. Pak cik ini tetap menjawab " "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...". Org kampung berkata pakcik ni kuat berfalsafahlah pulak...
 
Dalam masa itu berlakulah peperangan di negara tersebut. Pihak pemerintah mengerahkan agar anak muda semuanya dipaksa menyertai peperangan. Termasukla anak-anak muda kampung pak cik ini, semuanya menyertai peperangan  yang tinggal hanyalah anak pak cik ini sahaja.. Ialah dah tak boleh berjalan kan so tak leh join peperangan ..Ditakdirkan mereka kalah maka anak-anak muda ini terkorban di medan peperangan..Jadi gadis-gadis di kampung ini ingin berkhawin so anak muda yang tinggal adalah anak lelaki pak cik ini..Maka berkhawinlah gadis ini dengan anak pak cik ini..Maka orang kampung sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pak cik ini sebab dapat menantu cantik dan anak orang kaya..Pak cik ini tetap menjawab "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...".
 
Maka dapat di simpulkan disini "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...".
*************************
 p/s: Ada sesiapa tahu siapa nama penceramah motivasi pagi ini? Dia selalu dapat memotivasikan hari2 pagi mummy...Thanx to Allah ....
 

Wednesday, 4 January 2012

aZAM mUmMY uNTuk KhaYLa

Skrg ni mummy tgh mengepam dengan gigih...sedih sangat sebab susu tak nak kuar..sekali pam dapatla 0.5 oz....Sedih tau mummy. Tapi mummy cube berjiwa cool, tak mo sedih-sedih sebab tak mo effect pengeluaran susu kalau sedih.....Mummy berazam untuk memberi Khayla susu slama mana yg boleh...

pada Allah sahaja mummy berdoa semoga Khayla kenyang minum susu mummy n semoga zaman susu kritikal ni cepat berlalu...pas ni mummy berazam nk buat stok banyak2...huhuhu

p/s::::   Daddy: kita g beli fenugreek GNC ye syg katanya boleh tambah susu juga huhuhu


Monday, 2 January 2012

Susu Kritikal..

Sekarang ni mummy da rasa tahap kritikalnya susu Khayla..huhu yang paling mummy kesalkan d day yang mummy n daddy nak ke Singapore mummy boleh terlupa nak bawa xtra susu dari umah Tok Mama ballik ke Skudai umah moyang Khayla.. Masa tu mummy confident yang mummy boleh hasilkan susu just untuk sehari mummy n daddy ke singapore...Sekali hamik ko dapat 3 botol jer yang mana 2 botol tu macam kais-kais jer..sedih n moral down sanagt time tu dan rasa nyesssaaaal sangat sebab tak bawa stok EBM balik skudai huhuhu...

So nak tak nak dengan rasa bebal yang amat mummy bagi duit kat tok mama pagi tu setelah seharian n malam tu puas mummy berikhtiar susu tak kuar..Mummy bagi 50 cakap kat Tok Mama beli susu paling mahal n kechik aja udah huhu sedih sangat huhuhu...Daddy punya idea lagi best kita taruk air kasi susu banyak eikkk.......

so hari tu 26/12 untuknya Khayla dah terminum 2 botol FM (Formula Milk) disebabkan kecuaian mummy tak bawa xtra botol EBM dan ke'confident 'an mummy leh hasilkan susu..Mungkin mummy penat kot tu yang susu tak kuar...Kalau tak bagi juga mummy macam selfish kan so mummy bagi juga Khayla minum FM tapi tok mama kata awal2 tu Khayla tak nak Khayla tolak mungkin sebab da lapar n dahaga sangat Khayla terpaksa minum n ok mummy dengar Khayla just minum 2 botol jer..

Masuk minggu ni pun mummy dapat rasa yang susu tak kencang mungkin sbb mummy uzurkan jadi mummy n daddy puas berfikir..Malam tadi kitaorang g pharmacy kat pee dee ni n tya apa pil leh tambah susu?

Motilium 10g
Pharmacy kat situ bagi sepeket Motilium 10g ni kat mummy sepekat harganya RM 6. Mummy beli 2 peket ..sehari makan 3 biji pagi, tgahari n malam selama seminggu..Actually pil ni untuk angin tapi ianya boleh memperbanyakkan susu ibu..Wallahualam mummy baru try malam tadi n pagi tadi makan harap2 bertambah. Dari pembacaan mummy pil ni tak boleh ambil lama sebab boleh sebabkan kanser payudara sumbernya mummy lupa mana mummy baca tapi mummy plan bile pengeluaran susu da ok mummy akan stop la makan...Seperkara lagi mummy beli Kopi Radix. Kopi radix pun dikatakan boleh tumbuh susu sebab campuran 7 herba didalamnya ..tak pelah mummy ikhtiar sahaja semoga ada rezeki untukmu anak..Mummy pun dalam perangkaan nak amik Halba atau Habatus Sawdah n mummy makin kerapkan sesi minum air huhuhu,,,,

Isu susu ni mmg amat kritikal especially bila mummy outstation uhu..Mummy berdoa semoga usaha mummy untuk memberi Khayla susu ibu sehingga 2 tahun malah lebih tercapai.


Wednesday, 14 December 2011

Macamana ni Khayla?

abaikan bekal makanan di belakang ^_^ (sbnarnye nak kata mummy ni rajin hari2 bawa bekal ehhehe)

ok ni hasil yang mummy dapat pagi ni...tak berapa nak banyak..erhm tapi oklah production...Mummy tengah strive hard ni untuk mempertingkatkan lagi production susu mummy sebabnya...26hb ni Khayla kene tinggal dengan tok mama..Mummy & Daddy nak g Singapore,...so seharian tinggal tu rasanya adalah 15 hingga 16 botol mummy kene standby..kmdian 28 & 29 Mummy kene g Terengganu Khayla tinggal lagi...
 (telan air liur mummy sebab mummy kene tinggalkan dalam 30> botol susu untuk khayla)...

Camne ni sayang???? sebab nya back up botol kat umah nilai pun ada 5 jer n dekat umah tok mama ada 12 botol jer dlm deep freeze...adoi susahnyer hati mummy..yang dapat hari-hari pun nyawa2 ikan milk supply untuk khayla..ialah kamu tu da masuk 5 bulan sehari di taska mummy kene standby 5,6 or 7 botol dgn medium isipadu 3.5-4 oz...huhuhuh

Walaupun B****t mummy da tak montok tegang n menggoda daddy kamu seperti dulu hoho tapi hak kamu sebagai anak untuk minum susu mummy sehingga umur 2 tahun mummy kene tunaikan...lepas tu baru mummy akan pikik camne nak UP kan B ni hehe kasi bolat n comei balik hehehe....

dan mummy tgh pikik cam ne nak kasi milk supply ni masyuk macam dlm zaman pantang dulu-dulu..kalau la mummy tahu masa pantang tu mummy buat stok banyak2...mummy ingat 60  botol tu da banyak rupanya tak cukup huarghhh masa dulu tu mummy pun tak nampak keperluan  nak simpan banyak-banyak macam tu huhuh...nyesalnya.Takpe lah Khayla jgn risau khayla jgn melalak malam-malam pun da bantu mummy, tugas tambah milk supply biar mummy usaha n daddy supply kan makanan berkhasiat kat mummy ..paling penting doa kat Allah agar rezeki susu Khayla ni tak putus n banyak jer..semoga Khayla kenyang minum ye sayang...

Ya Mantin 70x setiap subuh & Maghrib sambil usap2 B kita supaya bekalan susu sentiasa ada ^_^

* Mummy harap mummy dapat hasilkan stok banyak2 sangat mana la tahu ajal mummy tak panjang kan sekurang2 nya Khayla masih boleh disusukan dengan susu mummy kalau stok tu ada sangat banyak...huhuh

** lagi sebulan je lagi Khayla nak masuk 6 bulan..Pasni Khayla akan start makanan pertama mungkin demand kat susu akan berkurang la sikit..

*** Menyusukan mu sayang adalah moment terindah esp memgang jarimu dan melihat serta merenung matamu..Mummy alwaiz like that moment.. Nanti Khayla da beso tak de dah nak dok bawah ketiak mummy ni lagi huhuhu





Friday, 2 December 2011

Spectra3 or Madela FS

HUHUHU...Da seminggu lebih mummy asyik membelek internet ni cuci mata dan membuat sedikit kajian (research la kunun2nya) mengenai Madela FS ni ..terliur mummy tengok hati berdetik "bila nak boleh pakai ni??"  Harganye memangla mahal . Nak beli sistem kutu erhm by the time settle bayaran Khayla pun da besar hehe nak beli cash erhm berkira2 juga sbb daddy kata kan Spectra3 da ada uhuhu...

Spectra 3 ni bukannye apa cheh cheh (alasan direka bile mengidam benda yang baru)..Ianya berat la tuk mummy mengelek menaiki anak2 tangga kat fakulti ni...tingkat 3ditambah beg laptop dan hanbeg mummy yang daddy kata bapak beso tu..^_^ (biasala semuanye mummy sumbat kan, sarung tangan khayla pun ada)..

Alasan seterusnya, die hanya boleh di ON kan hanya menggunakan eletrik huhu..so kalau mummy nak ON mummy kene cari punca tenaga eletrik..Kalau kat bilik opis ni rasanya jiran2 sebelah boleh dengar kot mummy pasang plug n auwmm auwmm mesin tu berbunyi heheh..

Alasan berikutnya...setiap pagi mummy akan sangat kalut yelah mummy ni kan mummy mithali nak kene masak tuk sarapan daddy n bekalan untuk makan tgahari daddy lagi..siapkan diri mummy lagi..and mummy kene spend setengah jam masa untuk memproduksikan susu khayla ..Kalau ada Madela FS kan mummy boleh buat multikerja hehe masa pun dapat jimat "(pejam mata sambil membayangkan)"

Semalam tiba2 Spectra 3 buat hal merajuk kot tahu mummy mengidam FS..masa tu hati da bersorak hooyeaaa ada alasan kuat untuk membeli FS ... Call daddy kat opis bgtahu mesin tak berfungsi..Mummy terpaksa memerah menggunakan Teknik Mermet (guna tangan ye syg) ...Daddy kata balik nanti die tengok., aisey sekali malam tu daddy try ''...auwww mesin tu sedut dada daddy ehhehe " haa ni boleh jer tak rosak pun"..huhuhu musnah segala angan2 ku hohoho

Takpelah Khayla sebenarnye mummy tak kisah pun Spectra 3 ke Madela FS ke itu sume gadjet yang membantu jer.. Yang penting anak mummy cukup bekalannya...


Idaman Hati setiap ibu yang menyusukan anak termasuklah Mummy Khayla