Wednesday 22 February 2012

Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...

*****
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah:216 ]

*********
 Pagi tadi sebelum g opis Tok mama call mummy untuk bagitahu 14 botol susu simpanan terakhir Khayla telah cair pagi tadi...sebab nya Tok Ayah mop lantai (sebab umah tgh renovate) dan tidak perasan terlanggar suiz deep freeze ....huhu mmg la rasa luruh la sangat hati ini SEBAB kat umah Nilai susu simpanan Khayla da habis sama sekali..petang semalam mummy ada call Tok mama kata mungkin nak g umah pee dee amik susu sebab susu khayla skrg kais pagi makan pagi kais petang makan petang..Setiap tengahari mummy kene berlari hantar stok susu ke taska...bila mcm ni rasa lemah jugala....Daddy pujuk mummy tak apa sabarla bukan rezeki Khayla..Dapat gaji nanti kita tengok pam bateri atau mini eletrik supaya mummy boleh tinggalkan kat opis aja...jgn risau ye sayang perjuangan menyusukan kamu ni mummy n daddy akan fight untuk sempurnakan hak kamu sekurang2nya sehingga 2 tahun InsyaAllah...
 
dalam sedih-sedih layan perasaan mummy sanagt suka dengar motivasi pagi jam 7.30 setiap hari di Radio Ikim..Puas mummy pikik sapa nama ustaz tu sbb motivasi pagi die sanagt memeberi kesan pada jiwa n hati mummy...So mummy tulis kat sini apa yang dia sampaikan untuk jadi panduan dan pedoman kita semua ...
 
Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...
 
Dalam sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang miskin bersama seekor kuda betina dan anak lelaki..Pada suatu kuda betina pak cik ni telah hilang, org kampung hadir ke rumahnya untuk mengucapkan takziah ialah dah la miskin kuda pula hilang..Pak cik itu menjawab "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk..."...Org kampung tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.
 
Tidak lama kemudian kuda betina itu pulang semula ke rumah pakcik ini dan kepulangannya kali ini membawa 5 ekor kuda jantan yang liar. (Mungkin tergoda dgn kuda betina ni so ikut dia pulang la)
Orang kampung pun datang ke rumah pak cik ini dah ucapkan Tahniah sebab dah jadi kaya ada 6 ekor kuda..Pak cik ini membalasnya dengan berkata "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...". Org kampung berkata pakcik ni kuat berfalsafah lah..
 
Maka anak lelaki pak cik ini pun melatih 5 ekor kuda jantan itu untuk di jinakkan. Ditakdirkan suatu hari ketika mengadakan sesi latihan seekor kuda jantan telah menendang anak lelaki pakcik ini sehingga jatuh dan lumpuh. Maka orang kampung datang melawat dan berkata Takziah kepada pak cik ini. Pak cik ini tetap menjawab " "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...". Org kampung berkata pakcik ni kuat berfalsafahlah pulak...
 
Dalam masa itu berlakulah peperangan di negara tersebut. Pihak pemerintah mengerahkan agar anak muda semuanya dipaksa menyertai peperangan. Termasukla anak-anak muda kampung pak cik ini, semuanya menyertai peperangan  yang tinggal hanyalah anak pak cik ini sahaja.. Ialah dah tak boleh berjalan kan so tak leh join peperangan ..Ditakdirkan mereka kalah maka anak-anak muda ini terkorban di medan peperangan..Jadi gadis-gadis di kampung ini ingin berkhawin so anak muda yang tinggal adalah anak lelaki pak cik ini..Maka berkhawinlah gadis ini dengan anak pak cik ini..Maka orang kampung sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pak cik ini sebab dapat menantu cantik dan anak orang kaya..Pak cik ini tetap menjawab "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...".
 
Maka dapat di simpulkan disini "Yang baik itu belum tentu baik, yang buruk itu belum tentu buruk...".
*************************
 p/s: Ada sesiapa tahu siapa nama penceramah motivasi pagi ini? Dia selalu dapat memotivasikan hari2 pagi mummy...Thanx to Allah ....
 

No comments:

Post a Comment