Wednesday 22 February 2012

Al kisah

ok sementara mummy ingat ni mummy nak tulis 2 kisah yang mummy dengar dari topik pagi Ikim ....satunya kisah Burung dan Ulat

**********BURUNG & ULAT****************

Ustaz tu suruh kita ambil perumpamaan hidup burung dan ulat..Sekiranya kita mempunyai banyak mana sekalipun masalah yang mendatang jangan mengeluh, berputus asa apalagi membunuh diri ini kerana kita boleh belajar dari kehidupan burung dan ulat...
Burung akan keluar mencari rezeki setiap pagi..dan pulang ke sarang setiap petang..Umpama kita pagi2 da keluar mencari rezeki dan pulang dinihari petang..Malah burung juga mencari rezeki untuk anak-anaknya..dan ada masa ada makanan dan ada masa tiada makanan
Malah ada masa meninggalkan sarang apabila pulang melihat anak-anak nya telah mati dimakan binatang lain juga ada masanya sarang telah dicuri dan hilang..namun tiada burung yang pernah bunuh diri terjun dari pokok yang tinggi (hehehe) atau berputus asa...Burung akan tetap keluar mencari rezeki....

Boleh juga dilihat pada Ulat..Ulat ini lagi kesian dari OKU..Sebab dikatakan tiada tangan kaki or mata..Namun ulat tetap teruskan hidup dan mencari makanan untuk dimakan. Ada masa ada makanan ada masa tiada walaupun diri serba kekurangan dan keterbasan serta berdepan dgn bahaya-bahaya yang dijangka atau tidak dijangka..Namun tiada ulat yang menghentak-hentakkan kepalanya di batu atau berputus asa..

Maka kita adalah manusia yang lengkap serbe serbi Allah jadikan janganlah kita berputus asa sekiranya berdepan dgn masalah hidup yang pelbagai..Saat tu mummy bila dengar statement n kisah ni terasa semangat baru..Ia mmg tak dinafikan begitu banyak masalah n ujian yang dtg without stop one by one tapi mummy n daddy hadapinya dgn tabah...dan bila dengar kisah ni mummy terasa kuat kembali..Maka Chaiyukk hidup mesti diteruskan ada sinar yang menanti setelah hujan dan ribut yang melanda ini..InsyaAllah.
****************

*********Wang 1 Dirham***********

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki tua yang miskin. Sangat la miskin sehingga semua duitnya telah habis. Rumahnya juga usang. Isterinya selalu merungut kerana tiada apa yang ada di rumahnya. Pada suatu hari , Pakcik ini keluar berjalan di padang pasir untuk mencari rezeki tiba-tiba die terjumpa dengan sekeping duit syiling lama. pak cik itu berkata mungkin duit ini ada nilainya.

Dipendekkan cerita pakcik membawa duit ini ke pengumpul bahan lama ..Setelah dibelek2 pengumpul ini berkata nilai duit ini bersamaan 25 dirham. Maka pakcik ini sangat bersyukur dengan wang yang diperolehi. Lalu pakcik ini berniat untuk membeli kayu bagi membuat rak isterinya maka pakcik inipergi ke kedai kayu n membeli kayu. Dalam perjalanan ada seorang saudagar perabut yang memerlukan kayu dan terlihat akan pak cik ini. Saudagar berkenaan bertanya kepada pak cik ini sudikah die menjual kayu tersebut dan dia akan membayar dgn harga 100 Dirham dan memberi sebuah almari yang ada.Pakcik berkenaan pun bersetuju. Setelah itu pakcik mempunyai wang sebanyak 100 Dirham dan sebuah kayu. maka berjalanlah pak cik ini..

Dipertengahan jalan pak cik ini melalui sebuah kawasan perumahan. Ada seorang wanita yang sedang berehat-rehat di laman umah terlihat pak cik ini dengan perabot yang ada. Maka wanita tersebut ingin membeli perabut pak cik ini dengan menawarkan 150 Dirham. Maka pak cik ini bersetuju dgn tawaran wanita berkenaan. Setelah dijual pak cik ini bersyukur dan mempunyai 250 Dirham di tangannya dan dia pun berlalu untuk pulang.

Dipertengahan jalan tiba-tiba datang seorang perompak datang dan merompak 250 Dirham pakcik berkenaan. Kesemua wang pakcik itu telah dirompaknya. Pulangla pak cik ke rumahnya. Isterinya bertanya apakah yang pak cik ini lakukan pada hari ini. Pak cik memeberitahu bahawa dia telah dirompak!!!
isterinya berasa pelik sebab mengetahui apalah yang ada pada suaminya sehingga di rompak. Dia bertanya kepada pakcik tersebut apakah yang dirompak oleh perompak itu?? Pak cik memberitahu "TIADA APA-APA HANYALAH DUIT SYILING LAMA 1 DIRHAM SAHAJA YANG DIROMPAK"

HUARGHHHH sangat tabah pak cik ini dan bersabar..maka kita pelajari la dari sifat yang baik ini...ada masa hidup kita juga kesempitan wang .Mummy n daddy tak nafikan ada masa mummy n daddy pernah menghadapi ketiadaan wang sedangkan 2 minggu lagi nak gaji.....bayangkan? Pampers, minyak , makan dan pelbagai...sehingga akhirnya mummy n daddy terpaksa mengeluarkan Dana Kecemasan yang ada...Nasib baik ada Dana Kecemasan kalau tidak berserah aja....Maka mummy n daddy selalu percaya rezeki ni Allah yang bagi..dalam pelbagai keadaan dan bentuk rezeki ini di perolehi....Dan sesungguhnya rezeki ini semua datangnya dari Allah.....
***********************

Anakku ambillah iktibar dari kisah-kisah yang mummy coretkan disini. Andaikata suatu hari nanti mummy n daddy tiada di muka bumi ini dan dikau bersedih atau hilang arah tuju coretan ini bolehla dikau membacanya untuk menguatkan semangat mu dan adik2mu..Percayalah bergantung haraplah pada Allah atas semua perkara dan jangan mudah berputus asa dalam hidup ini....

1 comment: