Monday, 30 January 2012

Kelas Khayla GBOB

ok Khayal da join kelas playgroup activity BGOB (Baby Genius On Board) yeeehaaaaa..so far mummy n daddy sangat suka sebab khayla nampak ceria, active n dapat berkomunikasi n bermain..Objective mummy n daddy join ths activities adalah supaya KHAYLA DAPAT BERGAUL DAN BERINTERAKSI dgn orang sekeliling. Khayla juga dapat BERMAIN BERSAMA MUMMY N DADDY dlm keadaan yang ada education n SPEND PRECIOUS TIME TOGETHER selain tu mummy boleh belajar cara2 untuk bermain bersama anak nanti boleh apply kat adik2 khayla (InsyaAllah). Antara lain supaya Khayla boleh berdikari n belajar membuat keputusan serta berfikir n fokus.... dan khayla tak la asyik nak mengempeng je dengan mummy juga..n paling PENTING khayla ENJOYYYYYYY ^_^

So far kelas ni Khayla masuk level 2 untuk 6-12 bulan n khayla akan menghadiri kelas selama 45 minit - satu jam dan berseronok bersama mummy daddy n kawan2....^_^

Khayla sangat teruja kejar buih belon

Khayla main dlm payung terjun

Khayla susun block' buat tower

Stand UP** Khayla sangat teruja mcm ketua kelas
mummy n daddy happy tgk Khayla begini..bagus2 nanti jadila seorang anak yang berguna pada Agama, bangsa dan Negara..paling utama sebagai HambaNya, anak pada mummy n daddy serta cucu pada atuk2 ye sayang....
** setelah 2 minggu amik pakej trial n seminggu off maka minggu ni mummy mendaftar khayla .......hoyeaaa
** hari-hari di rumah mummy n daddy akan praktis lagu2 n game2 yang teacher Watie ajar ^_^

Demam & Cirit Birit

huhuh selama hampir 2 minggu mummy n daddy dilanda haru biru kerana Khayla cirit birit dan diikuti demam. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mummy n daddy time tu betapa cemasnya..Mummy kisah apa kalau orang kata ala biasalah anak demam, but Khayla tak pernah demam selama 6 purnama upss 6 bulan ni ok,..Mummy risau sebab dengar macam2 cerita especially tentang kena tarik atau sawan tu huhu nauzubillah ...sepanjang Khayla demam setiap saat mummy n daddy dcc mummy n daddy tak tido malam pun tp bile pas subuh mummy n daddy tido heheh Tok Mama n Tok Ayah jaga Khayla pulak...

Hari Sabtu mummy bagi 1st solid food kat khayla iaitu puree epal..pastu khayla cirit birit. Ahad tu masa pergi BGOB pun Khayla cirit birit..pastu berlarutan, mummy bawa g jumpa atuk Dhillion (doc pakar pediatric Khayla) die bagi ubat probiotic dan ubat tahan cirit birit. Pastu jumaat malam tu tok mama dah kata badan khayla macam tak sihat jer tapi so far u look so active mummy n daddy rasa ok aja..Ahad tu masa kelas GBOB khayla sangat tak de mood n letih n dah demam huhuhu...nak bawa jumpa atuk Dhillion ahad tutup n isnin selasa adalah CNY maka bawa pergi klinik panel sariah kat nilai...

Inilah probiotic (Grandpa Dhillion akan kata **Ubat ni Mahal yeaa hehe)

Ada juga pergi klinik kerajaan, Petang ahad tu tapi tgk ramai orang tak jadilah..mummy, daddy n tuk mama/ayah jaga khayla macam menatang minyak yang penuh..jerlum kepala dengan air, beli thermometer baru amik suhu setiap 20 saat..(siapa tak sayang anak kan)...Isnin mummy pergi lagi hospital kerajaan mummy rasa kene pergi in case apa2 senang tapi sekali lagi mummy tetap upset dgn govt punya service..

die kata khayla tak demam suhu 35"c sahaja..OMG gile ke apa suhu anak mummy ni da sampai 38 ok!! sebab die pakai janga suhu kat dahi khayla yg mummy da jerlum air n kool fever..!!!! doctor pun muda boleh tanya anak sakit apa pastu buat track history ubat pastu tanya apa nak buat eik...What the h*** mummy mmg menyampah tahap supergaban gile kalau macam tu baik aku jer jadi doc aku lagi tahu apa  nak buat ceh buang masa dekat 2,3 jam menunggu ..budusssss

die amik darah khayla dah la tak bagi mummy masuk sayu sangat hati niiiii dengar khayla meraung dalam bilik tu. keluar jer bilik tu khayla sangat merajuk dengan mummy sampai tak nak tgk muka mummy sedihhh sangat mummy. Tanya staf jawapanye ooo tatahula bile siap kita ramai orang hari ni..kalau anak aku ni tak de ubat demam silap2 suhu badan die boleh naik gile n apa2 jadi mmg korang la banyak sangat polisi yang menyusahkan...sudahnye mummy malas nak tunggu result sptal mummy g Klinik Othman depan sptal ..Doc tu tgk suhu khayla pun kata eh tinggi ni!! mmg b*****g h**^&%745 punya org kat sptal kata anak mummy tak demam ..(marah tp nasib baik da seminggu berlalu kalu time tu mummy tgh taip mahu berbakul amarah mummy huhu)

Malam Khamis 26/01 haritu Khayla poo poo ada segaris darah..OMG mummy sangat panik wpun mummy n daddy lapar time tu n tok mama dah panggil makan kami berdua berdesuuup bersiap pergi Klinik Othman dapatkan surat untuk pengesahan panel insurans..Pastu balik singgah rumah kejap mummy n daddy makan (tak berapa selera n kenyang pun just untuk bagi tenaga setelah seharian bekerja) kemudian pergi hospital KPJ * penuh pergi Columbia * penuh..pergi Mawar * mummy tak confident wpun private hospital sebab mummy pelik pasai apa kereta tak banyak lengang aja hehehe pastu akhirnye decide pergi SALAM kat Senawang ..ok senanwang tu jauh tapi mummy daddy tempuhi juga tgh2 malam tu...Sampai Salam periksa itu ini mummy pun lega dgn penjelasan doctor yang tak begitu friendly rasa nak sound jer tp daddy suh banyak2 sabar n think positive...Actually kat Salam pun * penuh... Dasyat tui semua wad penuh huhuhu..lepas check2 tu sementara tunggu fax dr insurans pukul 2 pagi ok Khayla menjerit2 keseronokkan kat sptal tu ..AAikkkk kata sakit ni macam sihat walafiat la pula hehehe  ^_^

Excited tgh2 pagi buta di Hospital
Alhamdulillah setelah seminggu demam dan 2 minggu cirit birit Khayla pun dah ok..Alhamdulillah n Khayla pun da melasak balik hehhe..
Dah normal ^_^

 
i Love u Sayang..kau adalah amanah dan permata terindah yang mummy n daddy miliki. kami tak banyak harta kau la harta termahal kami...^_^

Hari p*1 Demam..sticker GBOB pun tak buka lagi baru balik Playgroup

masih nak melasak

Macam makcik makcik hehehe

Keshian nya Anak mummy hhuhu

 

 

Thursday, 12 January 2012

Menjadi cikgu buat Khayla

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Khayla akan masuk ke usia 6 bulan dan penemuan baru buat mummy untuk mengembangkan kepintaran anak mummy ni adalah "MENGHAFAZ AL-QURAN"... Alhamdulillah dengan izin Allah mummy dah jumpa satu blog yang mana die mengajar dan melatih anaknya menghafal alquran..^_^

Maka dengan ini Allah memberi ilham kepada mummy untuk mengajar dan melatih Khayla hafaz Al-quran..InsyaAllah anakku...

Khayla pun sekarang da pandai kenal buku baby elephant dia..warna kuning dan pandai membaca menggunakan bahasa baby nya..Mummy harap semoga impian mummy ni terlaksana dengan izinnya dan Khayla terang hati untuk menghafaznya...Semoga sekira mummy n daddy tak ada nanti doa anak yang solehah dapat kamu titipkan dan sedekah ayat-ayat al quran Khayla boleh bagi kat mummy, daddy n atuk nenek die ye sayang......

Mummy saaaayang Khayla (Hai, anak rindunye di hati apabila meningatkan kamu)

Monday, 9 January 2012

Menurunkan Berat Badan..

Siapa ada idea, tip untuk Mummy Khayla menurunkan berat badan???

- Mummy Khayla kene menurunkan berat badan tetapi mummy tak boleh skip makan kerana Khayla fullbreastfeed..Susu pun nyawa-nyawa ikan kalau skip makan lagilah sikit keluar...

- Mummy Khayla juga tidak dapat berjogging apalagi bersenam buat masa ini atas kecederaan di lutut huhu sakit wooo...nanti khayla da sembuh betul2 bebas dari sakit mata v.2 mummy nak g umah cousin mummy Kak Yati buat appoinment...utk pemeriksaan di hospital Serdang.

- Mummy Khayla tak boleh makan sebarang2an produk apalagi pil2 sebab menyusukan Anakanda ku sayang ni...huhu

tolonglaaaa....siapa ada idea angkat tangan.??


Kuala Terengganu

Mummy n Daddy balik dari Singapore sampai Jb dalam jam 9 lebih macam tu la..So far perjalanan lancar kenderaan cume banyak masa nak masuk Singapore jer...Sampai umah tok skudai, kita berkemas-kemas sebab daddy Khayla sangat rajin untuk bekerja esoknya..Sebenarnya cuti daddy da habis sebab yelah dulu kan mummy n daddy duduk jauh n mummy mengandung tu belum kira lagi False Alarm Khayla bagi masa nak bersalin dulu tu..^_^

Sampai Batu 4 dalam jam 3 ke 4 pagi macam tu kesian daddy penat..tidur2 kejap da kena bangun pergi kerja...Petang tu plak mummy n tok mama ayah pergi jemput daddy n balik umah nilai..Kemas2 barang mana yang patut sebab malam tu mummy & daddy nak bertolak ke Kuala Terengganu pula..Kesian Khayla akan ditinggalkan lagi..(Jgn nakal2 ye sayng)

Yang mummy tahu malam tu mummy sambung drive dalam pukul 12-2 sebab daddy terlalu ngantuk..awal2 tu kitaorg tersesat ok silap la mummy sibuk nak tanya orang lain jalan dekat padahal mummy da tahu tapi terlupa huhuh......sampai Hotel Sumai, K.T pukul 4 pg..




ok bilik mmg cun...heheh besar n kemas n cantik..cume makan tuuuu hehe tak berapa kena tekak mummy yg cerewet ni ..Daddy yg tak cerewet pun kata tak berapa besh la heheh (amboi da bawa jalan free banyak komen lak ehh heheh)...Daddy dapat berehat sepuas2 nya n mummy memerah otak di dalam hall... hehe apapun tak lah tense sangat sebab happy dapat jumpa geng2 politeknik kalau tak mesti mummy boring aja sebab tak kenal sapa-sapa kan heheh..

G k.terengganu ni mummy rasa banyak ke aktiviti makan jer.Kebetulan kak Linda yang dulu jiran bawah umah mummy da pindah ke sini..Tgahari tu die bawa mummy n daddy makan nasi kukus..Petang tu pulak kitaorang pergi makan kat Talipot makan ikan sotong udang celup tepung...Murah n puas hatii betui...







esok nya pula tghari tu mummy n daddy pergi Bukit Tok Beng orang kata keropok kat situ sedap..siap kena ambil nombor lagi..Sebelum tu kawan mummy bawa singgah ada satu kedai ni penuh dgn berbagai2 jenis kueh muih yg menarik n tertarik heheh..

Lepas beli keropok daddy bawa mummy konon-kononnya nak pergi Masjid Kristal tapi pusing-pusing tak jumpa..huhu muzium jumpala tapi macam masa singkat jer nak jalan sebab otak mummy da set nak g Pasar Payang hehe......so next time la mummy cakap n daddy kita g muzium, masjid krital n taman tamadun islam huhu..(masuk waiting list ni)...

Next kita menuju ke Pasar Payang kali pertama pergi jalan2 balik semula masa tu mummy merajuk dgn daddy..haha konon-konon protes tak nak beli apa...hoho..pas daddy pujuk dgn penuh kasih sayang patah balik ke pasar tu hahhaa..pastu hati da berbunga riang hamik ko.....


  • 
















  •  
Cube teka siapakah Gerangan si gadis itu?? hoho

Sekali 2 mummy angkut..malayang duit mok cik hehe...tapi daddy kata chanteeek sangat so mummy happylah..tak sabar tunggu baju mummy tempah bulan lepas siap sebab nak hantar 2 batik ni...
Malam tu selepas berehat-rehat jam 9.30 kitaorang check out n pergi makan di restoran berhampiran Pantai Batu Buruk itu..tapi tak leh lawan sedap lagi Restoran Ikan Bakar di Kuala Sg. Baru.. Daddy kita minggu depan leh g makan lagi yeay yeay....


Malam tu kitaorang sampai pee dee batu 4 dalam jam 5 pagi...dan esok paginya daddy pergi kerja sekali lagi..kesian daddy huhu..Kami ada singgah berehat dan bermalam di Genting Sepah punya r&r baru mummy n daddy nak lelap sekali mummy kehe 'himpit daaaa...terus daddy tak jadi tido uhuhu..yelah tempat tu pun hutan kan heheh

USS, Singapore 2011..^_^

Ok entry ni dah lama adalah dalam 2 minggu tapi mummy nak update juga..semua ni mummy nak dijadikan rujukan dan kenangan buat kita sekeluarga...

ok 26hb hari tu mummy n daddy n sepupu sebelah mummy (Tok Ayah) telah pergi bersuka suki di USS, Singapore...Urusan pembelian tiket n segala bagai di uruskan oleh Kak Ngah Zarin yer..

Pagi tu jam 6.30 pagi Tok Ayah dah hantar mummy, daddy, uncle Man & Uncle Haziq ke hotel Tune JB..Bas bergerak jam 7.30 am..Alhamdulillah imigresen Malaysia mahupun Singapore tak sesak tak ramai orang. Masuk je Singapore pun jalan lengang...Mummy terlelap sebab penat hehe tahu2 pukul 9 mcm tu da sampai USS... Kitaorang bergerak ke atas n bergambar dulu sebelum masuk bersuka ria...

Sebelum berangkat pose dulu kat depan hotel ni...

Ok kat pintu masuk USS.... Gambar Wajib ##

 



Daddy Panda, Mummy Panda ...(Rindu kat baby panda hehe)


Memang terbaiklah Transformer ni huhuh
 Ok pesanan n peringatan penaja **..Kalau wanita mengandung atau yang bercita-cita ingin pergi ke USS n membawa anak kecil yang tak pandai berjalan lagi atau pun masih kecil untuk memahami suka suki ni tak payahlah datang..membazir jer..tiket mahal permainan sumenya 99% level ekstrem..huhu..

Apapun memang gembira di sini,.. lainkali datang bawa air secukupnya n makanan dari luar pun boleh seludup masuk senyap...Game die pun terbaik yang lawak daddy takut nak naik roller coaster kat Ancient egypt tapi beshhh..Paling Best Transformer lah huhu tak sia-sia mummy beratur 2 jam (sampai terjelepok urat lutut mummy ni ok!!)...Kalau siapa ada extra2 duit boleh beli tiket express supaya tak susah2 beratur berjam2 n sila jgn datang pada musim cuti persekolahan apa lagi percutian perayaan..heheh

USS Guide..


p/s: Rasa rinduuu jer kat Khayla bila tgk anak2 kechil huhuh/...Mummy daddy tak beli apa cume key chain Madagascar untuk mummy and baju tshir USS untuk Khayla cantik warna pink..hehe


Khayla Ohhh Khayla

Entry ni khas buat anak mummy...

Khayla Jatuh Katil !!!

hehhe..Jumaat malam sabtu hari tu semua tido awal..Mummy , daddy n khayla..Malah mummy tak sedar pun mummy da terlelap dulu n tatahula Khayla n Daddy tido jam berapa kan..??? Mummy sedar pukul 3 mummy terjaga susukan Khayla n tukar lampin Khayla pastu mummy sambung tido...Penat badan mummy menghadap Khayla so mummy pun pusing membelakangkan Khayla hehe..Rasanya dalam tido2 yang baru nak lelap tu tibe2..UWEKKKKK...bingkas bangun mummy n daddy berderau darah i okkk tengok anakku da macam Superman kat lantai bawah..Daddy melompat bangun angkat Khayla..Pastu boleh pulak diem senyum-senyum..Ya Allah budak ni, mummy ni da separuh nyawa hilang....belek kepala Khayla muka n sebagainya takut la ada darah beku ke lebam ke luka ker..jatuh saham ko t Khayla uhuhu...Itula alkisahnya..

  Bila tok mama tahu (walaupun daddy kata Jangan la bagitahu t tok mama risau ) heheh ...
macam pesan tok mama ingatkan...So selepas kejadian ni kitaorang tido dengan penuh hati-hati...letak toto banyak-banyak kat bawah katil letak bantal macma kubu pertahanan sekeliling katil huhu ni belum pandai merangkak lagi nanti da pandai tidur bawah la jawabnyer...Tok mama suh Khayla tido dlm katil die (katil pusaka ok) tapi erhmmm sbnarnya mummy tak leh tido lah kalau Khayla tak der..nak peluk2, gomoi2, cium2 n bau busuk Khayla tu boleh buat hati mummy tenang nak tido..kalau tak mesti sikit-sikit mummy nak bangun tangok Khayla....

Khayla makan Durian ***

Semalam mummy n daddy makan durin..Daddy makan sikit jer sbb daddy tak suka durian..Durian di sponsored by Cik Hanifah yang diangkut oleh Tok Mama & Tok Ayah tengah2 mlm singgah umah kita untuk hantar durian eheh..So mummy first time kasi Khayla jamah Raja Buah tu..whee bukan main lagi kko ea...kesukaan hehe. Tinggal berapa minggu jer lagi pasni Khayla da boleh makan puree buah-buahan..^_^
Semalam mummy masak serawa durian n daddy kata sedaaaappp**...hehe



Wednesday, 4 January 2012

aZAM mUmMY uNTuk KhaYLa

Skrg ni mummy tgh mengepam dengan gigih...sedih sangat sebab susu tak nak kuar..sekali pam dapatla 0.5 oz....Sedih tau mummy. Tapi mummy cube berjiwa cool, tak mo sedih-sedih sebab tak mo effect pengeluaran susu kalau sedih.....Mummy berazam untuk memberi Khayla susu slama mana yg boleh...

pada Allah sahaja mummy berdoa semoga Khayla kenyang minum susu mummy n semoga zaman susu kritikal ni cepat berlalu...pas ni mummy berazam nk buat stok banyak2...huhuhu

p/s::::   Daddy: kita g beli fenugreek GNC ye syg katanya boleh tambah susu juga huhuhu


Monday, 2 January 2012

Mari kita layan aksi Khayla

Khayla mmg pandai buat emek muka



Kunun-kunun rajin...


Small bos

Duduk macam orang dewasa


Susu Kritikal..

Sekarang ni mummy da rasa tahap kritikalnya susu Khayla..huhu yang paling mummy kesalkan d day yang mummy n daddy nak ke Singapore mummy boleh terlupa nak bawa xtra susu dari umah Tok Mama ballik ke Skudai umah moyang Khayla.. Masa tu mummy confident yang mummy boleh hasilkan susu just untuk sehari mummy n daddy ke singapore...Sekali hamik ko dapat 3 botol jer yang mana 2 botol tu macam kais-kais jer..sedih n moral down sanagt time tu dan rasa nyesssaaaal sangat sebab tak bawa stok EBM balik skudai huhuhu...

So nak tak nak dengan rasa bebal yang amat mummy bagi duit kat tok mama pagi tu setelah seharian n malam tu puas mummy berikhtiar susu tak kuar..Mummy bagi 50 cakap kat Tok Mama beli susu paling mahal n kechik aja udah huhu sedih sangat huhuhu...Daddy punya idea lagi best kita taruk air kasi susu banyak eikkk.......

so hari tu 26/12 untuknya Khayla dah terminum 2 botol FM (Formula Milk) disebabkan kecuaian mummy tak bawa xtra botol EBM dan ke'confident 'an mummy leh hasilkan susu..Mungkin mummy penat kot tu yang susu tak kuar...Kalau tak bagi juga mummy macam selfish kan so mummy bagi juga Khayla minum FM tapi tok mama kata awal2 tu Khayla tak nak Khayla tolak mungkin sebab da lapar n dahaga sangat Khayla terpaksa minum n ok mummy dengar Khayla just minum 2 botol jer..

Masuk minggu ni pun mummy dapat rasa yang susu tak kencang mungkin sbb mummy uzurkan jadi mummy n daddy puas berfikir..Malam tadi kitaorang g pharmacy kat pee dee ni n tya apa pil leh tambah susu?

Motilium 10g
Pharmacy kat situ bagi sepeket Motilium 10g ni kat mummy sepekat harganya RM 6. Mummy beli 2 peket ..sehari makan 3 biji pagi, tgahari n malam selama seminggu..Actually pil ni untuk angin tapi ianya boleh memperbanyakkan susu ibu..Wallahualam mummy baru try malam tadi n pagi tadi makan harap2 bertambah. Dari pembacaan mummy pil ni tak boleh ambil lama sebab boleh sebabkan kanser payudara sumbernya mummy lupa mana mummy baca tapi mummy plan bile pengeluaran susu da ok mummy akan stop la makan...Seperkara lagi mummy beli Kopi Radix. Kopi radix pun dikatakan boleh tumbuh susu sebab campuran 7 herba didalamnya ..tak pelah mummy ikhtiar sahaja semoga ada rezeki untukmu anak..Mummy pun dalam perangkaan nak amik Halba atau Habatus Sawdah n mummy makin kerapkan sesi minum air huhuhu,,,,

Isu susu ni mmg amat kritikal especially bila mummy outstation uhu..Mummy berdoa semoga usaha mummy untuk memberi Khayla susu ibu sehingga 2 tahun malah lebih tercapai.


Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru buat semua esp Khayla & Daddy...Semoga Tahun Baru 2012 ni bakal membuat kehidupan kita sekeluarga lebih sejahtera dan bahagia..serta dilimpahkan kesihatan dan kewangan yang mantap ^_^...Apapun 2011 membawa sirna langkah permulaan yang bahagia buat kita semua...Mummy takkan lupakan di mana:

i. Mummy dapat habiskan master dengan jayanya walaupun seribu kepayahan pada bulan February 2011.....dan
ii. Berkonvo pada bulan 10 disamping anak dan suami terchinta..
iii. Melahirkan anak mummy ini anugerah & hadiah yang tak ternilai 15/07/2011, 6 pm di PMC, Kedah
iv. Dapat tawaran kerja yang lebih baik
v. Dapat duduk dekat dangan daddy..

dan banyak lagi memori antaranya pergi phuket and singapore serta jalan-jalan Kuala Terengganu sebagai penutup 2011.....

Dan pada 1/10/2011 juga kita berpindah ke rumah yang kita duduki sekarang di Taman Nilai Impian dan mencipta kenangan kita bersama...

Semoga kita sama-sama berganding bahu menjadikan keluarga kita bertambah success pada masa akan datang...Mummy love both of u ....